Kem Robotik Mybot 2017 telah berlangsung pada tarikh 15-16.04.2017 yang dianjurkan oleh Kelab Robotik dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar. Tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkaitan dengan robot. Diantara sekolah-sekolah yang terlibat dalam aktiviti ini ialah SMK Muadzam Shah, SMK Muadzam Jaya dan SMK Agama Pahang.
Manakala Fasilitator yang terlibat terdiri dari pensyarah JTMK iaitu Cik Rafizah Ab Rahman, Cik Rafidah Ab Rahman dan Cik Maisatul Akmal Mat Tahir manakala pensyarah JKM pula terdiri daripada En. Khusairy dan Cik Sarah Nadiah.